SELAMAT DATANG KE ARRAZI ONLINE. PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PENGGUNA KAMI DENGAN BELIAN RM70 KE ATAS!

TANDA-TANDA HAMIL YANG WANITA HARUS TAHU


Berikut adalah 9 tanda awal kehamilan yang memberikan petunjuk samada wanita itu sedang hamil.

1. Mengidam
Bilamana anda tiba-tiba teringin memakan sesuatu yang anda tidak gemarinya sebelum ini. Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Jangan bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.

2. Warna areola menjadi gelap
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya.

3. Pendarahan dan rasa kekejangan (cramp)
Selain itu, tanda-tanda hamil yang lain adalah, dalam masa 1 atau 2 minggu sebelum tarikh haid anda seterusnya, mungkin akan berlakunya sedikit pendarahan(spotting) sekadar beberapa titik yang dinamakan pendarahan implantasi. Ketika proses ini, sedikit pendarahan adalah normal dan tidak merbahaya. Anda juga mungkin akan merasa sedikit ‘cramp’ atau memulas-mulas pada bahagian rahim atau perut.

4. Kerap membuang air kecil
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap. Jadi jika anda kerap ke tandas untuk membuang air kecil, itu mungkin tanda kehamilan anda.

5. Keletihan luar biasa

Tahap hormon progesteron yang tinggi sewaktu hamil boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari marathon sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda-tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran tanda-tanda lainnya.

6. Payudara melembut dan membengkak
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan pada payudara akan beransur hilang.

7. Deria rasa berubah
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.

8. Mabuk hamil
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.)
Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.

9. Tidak datang haid
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

Jika anda punyai tanda-tanda di atas segeralah membeli kit pengujian kehamilan, boleh jadi ada berita gembira sedang menunggu anda suami isteri.

BERMINAT MENCUBA SUPPLEMEN NATURAL SEWAKTU HAMIL?