SELAMAT DATANG KE ARRAZI ONLINE. PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PENGGUNA KAMI DENGAN BELIAN RM70 KE ATAS!

PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI HAMIL


1. Suami jangan biarkan isteri buat kerja berat

Pada kebiasaannya memang isteri yang buat kerja rumah, membasuh baju, menyapu, angkat bakul baju kotor dan sebagainya kerana wanita sangatlah multitask, mampu susun dan bereskan pelbagai perkara dengan PERFECT. Jadi apabila isteri hamil, para suami sangatlah digalakkan untuk ambil alih urusan isteri ini dengan semampunya. Jika pergi ke tempat kerja ada baiknya suami hantar dan jemput isteri, jangan biarkan isteri pergi balik kerja sendirian naik motor contohnya.


2. Suami sediakan makanan berkhasiat untuk isteri

Ketika isteri sedang mengandung nutrisi makanan yang lengkap dan sihat sangat penting untuk diambil. Kerana apa yang ibu makan akan membentuk kesihatan bayi di dalam kandungan. Suami boleh sediakan makanan makanan tinggi vitamin dan serat seperti buah-buahan segar dan imbangkan dengan pengambilan protein dari ikan atau ayam. Selain itu, suami boleh dapatkan DAMAI SUSU KAMBING dan MINUMAN OAT DAN BIJIRIN  sebagai suplemen semulajadi untuk sepanjang tempoh kehamilan.

3. Berikan isteri rehat yang cukup

Rehat adalah perkara penting bagi isteri yang sedang mengandung. Suami jangan sekali-kali membiarkan isteri tidur larut malam. Perlu bagi ruang masa yang cukup untuk isteri berehat bagi mengelakkan stress dan masalah kehamilan lainnya. Mereka itu sedang membawa nyawa baru di dalam perut mereka, di usung ke hulu ke hilir 9 bulan, benar-benar meletihkan.

.

4. Bawa isteri berjalan santai

Sewaktu hamil urat kaki atau sendi-sendi isteri akan tegang terutama sekali bila dah mengandung trimester yang ke-3. Suami digalakkan bawa isteri berjalan-jalan secara santai waktu pagi atau petang untuk mengurangkan rasa tegang urat, yang lagi baik bolehlah urut kaki isteri ketika di rumah. Banyak aktiviti berjalan juga sangat membantu dalam memudahkan proses bersalin kelak.

5. Jauhi rokok

Nasihat untuk suami-suami yang merokok, jauhkan diri anda dari isteri jika anda ingin merokok. Kita sedia maklum bahawa kesan asap rokok terhadap secondary smoker(orang yang berada di sekeliling perokok) sebenarnya lebih buruk, merokok bukan hanya merugikan anda tetapi turut mengheret sekali anak dan isteri anda, kesihatan ahli keluarga anda menjadi taruhan. Di saat Allah telah beri peluang untuk kita menjadi bapa maka wajarlah pada waktu ini kita ambil peluang untuk tinggalkan terus tabiat merokok.


6. Siapkan sarapan pagi isteri

Oh! Bahagia rasanya. Sebelum ni mungkin isteri setiap pagi sediakan sarapan, tapi cuba kali ini suami pula yang siapkan sarapan buat isteri. Kata orang chef jarang-jarang in-action ni sedap dia lain macam.

7. Elakkan sikap marah dan pertengkaran

Emosi ibu hamil kadang-kadang tak stabil disebabkan perubahan hormon dalam badan, kadang ada perasaan sensitif yang tiba-tiba aje, sedih atau marah. Jadi suami mesti cuba menenangkan hati isteri, gembirakan mereka dan suami jangan ambil hati sangat.

Nak gembirakan isteri sebenarnya bukan perlukan emas intan berlian, sebenarnya mana-mana wanita cukup bahagia bila diberi perhatian khusus istimewa hanya untuknya. Dan yang paling penting, panjatkan doa kepada Allah SubhanahuwaTaala selalu agar menjaga isteri dan anak kita setiap waktu.


MAHU CUBA DAMAI SUSU KAMBING UNTUK ISTERI ANDA HARI INI?