Ada hal-hal utama yang harus dipelajari oleh ibu-ibu
1. Belajar teknik mengepam susu
Ibu boleh pam susu dengan tangan, pam susu manual, atau pam susu elektrik. Kaedah memerah susu dengan tangan sesuai untuk ibu-ibu yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini. Kaedahnya seperti berikut:
Walaubagaimanapun, untuk ibu bekerjaya adalah lebih praktikal untuk menggunakan pam susu jenis elektrik. Terdapat beberapa jenama popular masakini yang mana pam boleh digunakan hanya dengan berbekalkan sumber powerbank, bermakna ianyalebih mudah alih dan kecil. Pilihlah kaedah yang paling selesa dan sesuai untuk anda.
2. Belajar untuk menyimpan susu ibu
Cara yang salah untuk menyimpan air susu ibu (ASI) akan merosakkan kualiti ASI dan perjuangan anda untuk mengumpul ASI akan menjadi sia-sia. Simpan ASI dalam bekas yang selamat, labelkan tarikh susu diperah. Lihat panduan penyimpanan dan ketahanan ASI seperti berikut:
Gunakan ASI yang disimpan mengikut teknik FIFO(First in first Out) - yang mana di simpan dahulua perlu digunakan dahulu.
3. Ketahui cara menggunakan susu
ASI yang disimpan dalam peti beku boleh diturunkan ke dalam peti sejuk biasa malam sebelum digunakan. Apabila ingin menggunakanASI tersebut, keluarkan bekas ASI dari peti sejuk dan panaskannya dengan merendamkan botol tersebut dengan air suam. Jangan memanaskan ASI dengan microwave / dapur kerana ia boleh merosakkan komposisi ASI tersebut. Pastikan suhu ASI sesuai sebelum diberi kepada bayi anda. ASIP yang tidak digunakan hendaklah dibuang, tidak boleh digunakan lagi.
4. Latihan memberi susu ibu
Cuba buat jadual penyusuan rutin sejak bayi dilahirkan, misalnya secara rutin setiap 3 jam atau 4 jam. Lakukan proses mengepam dan menyimpan ASI jauh sebelum anda mula bekerja, bersama-sama dengan proses penyusuan secara langsung (satu payudara memberikan penyusuan secara langsung, satu payudara dipam). Dua minggu sebelum ibu bekerja, ajarkan bayi dan penjaga tentang tatacara untuk memberikan ASI kepada bayi anda.
5. Sokongan dari persekitaran kerja
Bincangkan keperluan anda dengan rakan sekerja dan orang atasan serta susun jadual mengepam dengan sebaiknya. Kejayaan penyusuan eksklusif secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada syarikat kerana bayi yang mendapat penyusuan eksklusif cenderung jarang jatuh sakit, sekaligus ibu-ibu yang bekerja tidak akan terlalu sering mengambil cuti kecemasan.
INGINKAN SUPPLEMEN UNTUK MERIAHKAN SUSU BADAN ANDA??? CUBALAH MINUMAN OAT BIJIRIN KAMI. SILA KLIK